LAPORAN PERLAKSANAAN
NAMA KURSUS : BMK 3033 KETERAMPILAN MEMBACA
NAMA PENSYARAH : PROFESOR MADYA DOKTOR DAHLIA BINTI JANAN
![]() |
| PENSYARAH YANG BANYAK MEMBANTU DALAM MENYELESAIKAN TUGASAN INI |
NAMA AHLI KUMPULAN :
1. NOR SUHAINA BINTI SARIMAN (D20161073249)
2. NOR SHAHINA BINTI KHAIRUDDIN (D20161073237)
3. NUR SYAHIRA ADILA BINTI MOHAMAD RAZI (D20161073236)
4. NURUL ASYIQIN IZAZI BINTI MOHD SHUKRI LEE (D20161073277)
5. NUR AZIAN BINTI SHABERI (D20161073292)
6. SITI ANIS BINTI ISMAIL (D20161073284)
Sebelum meneruskan dengan lebih lanjut huraian tentang laporan aktiviti ini. Izinkan kami memperkenalkan kepada anda tentang teknik yang telah digunakan oleh kami. Kumpulan kami telah bersetuju untuk memilih teknik Menerap Imej dalam membuat bahan bantu mengajar ini.

Teknik Menerap Imej
Menerap imej ialah satu prosedur untuk memandu pelajar menjana imej mental berkaitan bahan yang dibaca sebagai cara untuk mempertingkatkan kefahaman. Tiga perkara asas dalam teknik ini ialah model guru, latihan berpandu dan latihan kendiri. Perkara asas ini diterjemahkan ke dalam langkah pelaksanaan teknik ini seperti yang berikut:
1. Perkenalkan apa, mengapa dan bagaimana menggunakan teknik menerap imej
- Jelaskan menerap imej ialah strategi membaca yang membantu pelajar apa yang mereka baca.
- Pelajar dimaklumkan untuk membuat gambaran mental mengenai apa yang sedang dibaca yang boleh membantu mereka mengingati apa yang dibaca.
- Guru tunjuk cara untuk melaksanakan menerap imej dan kemudian pelajar akan melakukannya sendiri.
2. Pilih teks / gambar yang berbentuk diskriptif yang panjangnya lebih kurang 100 patah perkataan dan bacakan dengan lantang.
- Guru bacakan dengan lantang.
3. Tunjuk cara penggunaan strategi kepada pelajar.
- Guru melakukan teknik berfikir dan bersuara.
- Kemudian, berkongsi pengetahuan sedia ada serta hubungan peribadi beliau dengan teks dengan pelajar. Perkara ini dilakukan terutamanya apabila bertemu dengan perkataan yang menarik di dalam teks.
4. Membekalkan latihan berpandu.
- Mengajak pelajar untuk menghuraikan imej yang mereka gambarkan ketika membaca lantang secara langsung.
- Galakkan pelajar untuk mencatat persamaan dan perbezaan imej-imej yang para pelajar kemukakan.
5. Sokongan ketikan latihan kendiri.
- Pelajar bekerja secara berpasangan untuk membaca senyap teks.
- Pelajar secara bergilir diminta bercakap kepada pasangannya mengenai imej-imej yang mereka bina ketika membaca dan juga punca yang menyebabkan mereka membina imej-imej tersebut.
- Pasangan pelajar kemudiannya berbincang mengenai persamaan dan perbezaan imej mental yang mereka bina.
- Guru memberikan sokongan dan bantuan dari masa ke semasa supaya pelajar pada akhirnya dapat melaksanakan aktiviti tanpa bergantung kepada guru.
6. Sediakan latihan kendiri terpilih.
- Ketika pelajar sudah mahir menggunakan teknik menerap imej ini, sediakan peluang untuk mereka menggunakan strategi ini ke atas teks-teks lain yang berlainan.
Teks yang digunakan kami pula ialah teks Badang:
BADANG
Pada zaman dahulu
terdapat seorang hamba di Temasik. Temasik sekarang dikenali sebagai Singapura.
Hamba itu bernama Badang. Tuannya bernama Orang Kaya Nira Sura. Badang
diberikan tugas oleh tuannya untuk menebas hutan dan membersihkan semak-samun
di sebuah bukit. Tempat itu hendak dijadikan kawasan bercucuk tanam.
Berhampiran tempat Badang menebas itu terdapat sebatang anak sungai. Di kaki bukit berhampiran sungai itulah Badang berehat selepas penat bekerja. Setelah selesai sembahyang, barulah Badang membuka bekalan. Badang makan nasi di dalam upih pinang yang dibawanya. Walaupun berlaukkan pucuk dicecah dengan sambal garam, nasi sebungkus itu habis dimakannya.
Selepas itu, Badang pergi ke anak sungai. Di situ, kelihatan anak-anak ikan bermain-main di dalam air yang jernih. Badang terfikir, "Daripada aku makan nasi dengan sambal, lebih baik aku cuba tangkap ikan itu. Boleh juga dibuat lauk. Kalau dapat banyak boleh aku bawa pulang kepada tuanku. Tentu tuan aku suka kalau dapat merasa ikan tebarau, terbuk, dan lain-lain."
Sebelum Badang pulang, dia menebang buluh. Dia membuat lukah, iaitu sejenis perangkap untuk menangkap ikan. Dia menahan lukah itu di dalam sungai.
Keesokan harinya, pagi-pagi lagi Badang turun pergi menebas. Sebelum mula kerja menebas, Badang turun ke sungai untuk melihat lukah yang ditahannya. Namun, Badang terperanjat apabila melihat terdapat timbunan tulang ikan di tebing sungai berhampiran lukahnya. Badang dengan segera pergi mengangkat lukahnya. Dia mendapati lukahnya telah diusik orang. Di dalamnya tidak ada ikan, kecuali tinggalan sisik-sisik ikan. Dia berasa hairan. Badang menahan lagi lukahnya di tempat yang sama. Kemudiannya, dia pergi menyiapkan kerja.
Seperti biasa apabila hari petang, Badang balik ke rumah tuannya. Dia tidak pergi melihat lukahnya pada waktu petang kerana lukah akan mengena pada waktu malam.
Esoknya pula, Badang pergi menebas seperti biasa. Setelah sampai di tempat itu, Badang terus pergi ke anak sungai untuk melihat lukahnya. Sekali lagi, dia terperanjat kerana timbunan tulang ikan di tepi sungai itu bertambah banyak. Badang terus pergi mengangkat lukahnya. Dia mendapati lukahnya itu tiada ikan, kecuali sisik ikan sahaja yang tinggal. Badang bertambah hairan.
"Siapakah yang makan ikan mentah?" dia bertanya dalam hatinya.
Akhirnya, Badang mengambil keputusan ingin mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam lukahnya itu. Dia menahan semula lukah itu. Kemudian, dia pergi menebas seperti biasa. Apabila hari sudah senja, Badang tidak balik. Dia terus pergi bersembunyi untuk mengintai siapakah yang mencuri ikan di dalam lukah itu. Dia menyorok di sebalik semak. Apabila larut malam, datanglah satu lembaga. Matanya merah, bertaring panjang, berjanggut, dan berambut panjang. Muka lembaga itu sangat hodoh. Kukunya panjang. Lembaga itu mengangkat lukah lalu mengambil ikan-ikan di dalamnya. "Wah, hantu rupa-rupanya!" kata Badang di dalam hati. "Aku tidak takut kepada hantu itu!" ujar Badang lagi di dalam hatinya. Badang lalu memberanikan dirinya, walaupun berasa seram. Dia segera menerkam dan menangkap janggut lembaga itu. Berlakulah pergelutan. Namun, Badang tidak melepaskan lembaga itu. Akhirnya, lembaga itu mengaku kalah. Lembaga itu minta dilepaskan. Namun, Badang tidak melepaskan lembaga itu dengan begitu mudah. Lembaga itu merayu-rayu minta dilepaskan.
"Kalau tuan hamba melepaskan hamba, hamba akan berikan apa sahaja yang tuan hamba mahu," ujar lembaga itu.
Badang terfikir, "Betulkah janji lembaga ini?" Badang mahu menguji, adakah kata-kata lembaga itu benar? Badang cuba memikirkan apa yang dia mahu minta. Kalau minta banyak harta, nanti harta itu akan menjadi milik tuannya. Kalau minta isteri cantik, mungkin akan diambil oleh tuannya juga. Tetapi kalau minta jadi gagah perkasa, tentu boleh menolong tuannya untuk membersihkan hutan itu. "Baiklah! Aku mahu jadi gagah perkasa," kata Badang.

SENARAI AKTIVITI YANG DIJALANKAN SEPANJANG PAMERAN :
1. Roda Impian
2. Belon Beracun
3. Buku Skrap Animasi 3D
4. Cenderahati kepada setiap kumpuan yang menjawab soalan
GAMBAR-GAMBAR PERLAKSANAAN KEM BACAAN :
![]() |
| Foto 1: Kami bergambar dengan pensyarah selepas selesai aktiviti paameran berlangsung |
![]() |
| Foto 2: Merupakan buku skrap yang membantu memberikan gambaran imej yang jelas kepada pembaca mengenai jalan cerita teks Badang |
![]() |
| Foto 3: Kumpulan kami memberi penerangan tentang aktiviti kuiz yang akan dilakukan oleh kumpulan lain |
![]() |
| Foto 4: Kami menerima ramai kunjungan daripada ahli kumpulan lain |
![]() |
| Foto 5: Menunjukkan kumpulan lain sedang memberi penilaian terhadap bahan bantu mengajar kami |
![]() |
| Foto 6: Persediaan sebelum aktiviti berjalan |
![]() |
| Foto 7: menunjukkan papan kenyataan yang menerangkan satu persatu langkah dalam teknik menerap imej |
![]() |
| Foto 8: menunjukkan kami sedang membuat lawatan bagi pameran kos teater yang menggunakan teknik teater membaca |
![]() |
| Foto 9: menunjukkan lawatan ke pameran kos sejarah yang menggunakan teknik KWL |