Halaman 3

LAPORAN BAHAN BANTU MENGAJAR

1.0       Definisi Bahan Bantu Mengajar
Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid .Atan Long (1981) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan: alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar. Noraziah Hamid (1981) membahagikan BBM kepada dua multimedia iaitu media elektronik dan media bukan elektronik.

2.0 Jenis Alat Bantu Mengajar
Bahan Bantu Mengajar ataupun lebih dikenali sebagai BBM mempunyai peranan yang sangat penting untuk seorang guru gunakan semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP). Bahan bantu mengajar merupakan alat ataupun media yang digunakan dalam PdP seseorang guru yang bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan peyampaian isi pelajaran. Penggunaan BBM yang menarik dan terbaru dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang seronok serta berkesan. Bahan bantu mengajar merangkumi semua benda yang boleh dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu dan digunakan. Bahan bantu mengajar ini mempunyai tiga kategori iaitu
a.       Bahan bantu mengajar bukan elektronik
b.      Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik
c.       Bahan bantu mengajar bercorak pengalaman
Manakala jenis bahan bantu mengajar terdapat dua iaitu Tradisional dan Moden.
Bahan bantu mengajar tradisional adalah seperti :
a.       Papan hitam atau papan putih
b.      Kertas Mahjong
c.       Kad manila
d.      Konkrit (3 Dimensi)
e.         Bahan bacaan (Buku, Majalah, Surat Khabar dan sebagainya)               
       Moden :
      a. Elektronik (Radio, Televisyen dan sebagainya)
      b. Komputer (Teknologi Maklumat)
      c.  Buku Elektronik (Flip Book, E-Book)
       d.  Powerpoint dan Prezi
       e.  Video
       f. Website (Blogspot, WordPress)  

 2.1  Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik
  i. Papan tulis atau papan putih, merupakan bahan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga diguakan untuk mencatat isi-isi pelajaran ketika mengajar.
   ii. Buku teks, adalah hasil khusus oleh beberapa penulis. Buku teks digunakan secara meluas dan merupakan sumber utama pengajaran dan latihan.
  iii.  Papan pamer juga dikenali sebagai papan buletin yang merupakan sumber pengajaran yang produktif. Papan pamer dapat memperkenalkan idea baharu, memberi maklumat, memberi kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran.
    iv. Fail tegak dan bahan bacaan, adalah terdiri daripada bahan-bahan bercetak iaitu bahan bacaan bukan buku. Sebagai contoh majalah, calendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, poster, carta, peta, gambar skrip dan lain-lain. Fail tegak boleh disimpan sebagai koleksi fail dalam kabinet fail. Bukan itu sahaja, fail tegak juga dapat menambah dan mempelbagaikan bahan-bahan bacaan dan punca rujukan dalam pusat sumber sekolah atau bilik darjah.
    v. Gambar pula digunakan untuk memulakan pengajaran bagi menarik minay pelajar ataupun jika bahan sebenar sukar dibawa ke dalam bilik darjah.
    vi. Kad imbasan atau kad cantuman, terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata. Kad imbasan adalah bertujuan untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baharu, namun hanya sesuai kepada pelajar-pelajar peringkat rendah.
   vii. Carta, merupakan maklumat sistematik yang mengandungi huruf, angka, gambar, jadual, gambar rajah, lakaran, nota ringkas, rangkai kata dan lukisan. Terdapat beberapa jenis carta yag digunakan dalam bilik darjah seperti carta flip, carta pusing, carta aliran, carta graf dan carta pai.
   viii. Grafik merupakan bahan yang dilukis sebagai karangan visual yang dapat memberi satu atau lebih keterangan visual.grafik juga dapat meningkatkan prestasi pengajaran dan pemahaman pelajarannya.
    ix. Model adalah bahan gentian yang menyerupai bahan sebenar dan bahan tiga dimensi yang mewakili bentuk atau bagaimana sesuatu itu berfungsi. Model boleh diperbuat daripada kertas, tanah liat, simen, habuk kayu, styrafoam atau plaster.
         x. Boneka, adalah berbentuk seperti orang, binatang ataupun tumbuh-tumbuhan. Boneka digunakan dalam pengajaran bercerita atau berdialog. Boneka juga boleh diperbuat daripada kain, kapas, tanah liat dan kertas rendaman.
        xi.  Diorama merupakan reka bentuk gabungan bahan-bahan sebenar, patung dan model diletakkan pada satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi.

3.0       Kebaikan Bahan Bantu Mengajar
Alat bantu mengajar (ABM) mempunyai banyak kebaikan dan kelebihannya yang tersendiri kerana ia merupakan instrumen dalam membantu pemahaman para pelajar. Ia memainkan peranan penting ke arah memahami konsep di dalam proses pengajaran selain daripada bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu matapelajaran. Hal ini kerana ABM menjadi daya penarik yang penting kepada seseorang pelajar.
Antara kebaikan bahan bantu mengajar (BBM) ialah :
i) Meningkatkan daya pemikiran kritikal dalam kalangan pelajar melalui keupayaan boleh meramal apa yang ingin disampaikan.
ii) Meningkatkan keupayaan pelajar untuk membaca dengan fleksibel.
iii) Meningkatkan daya pemikiran kritikal melalui keupayaan menghubungkaitkan maklumat yang terkandung dalam teks dengan imej yang dipaparkan.
iv) Menarik minat para pelajar.
v) Menjadikan pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik.

4.0       Keburukan Bahan Bantu Mengajar
Pada pendapat kami BBM yang dibuat tidak ada keburukan. Hal ini dikatakan demikian kerana  Bahan Bantu Mengajar (BBM) dilakukan dengan tujuan untuk membantu para pelajar lebih memahami pengajaran yang diajar oleh guru. Oleh itu, pada pendapat kami tiada sebarang kekurangan terhadap apa jua BBM yang dibuat.



5.0 Keperluan Bahan Bantuan Mengajar
Faktor yang mendorong kepada penyebab bahan bantu mengajar diperlukan adalah kerana bahan bantu mengajar memainkan peranan penting bagi proses pemahaman sesuatu konsep yang diajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dan berupaya untuk menarik minat pelajar dalam sesuatu mata pelajaran yang mereka jalani. Alat bantu mengajar ini menjadi alat perantaraan yang penting sewaktu proses pembelajaran terutamanya dalam memberikan rangsangan kepada pelajar. Selain daripada para pelajar yang mendapat kesan positifnya, para pendidik turut menerima kesan yang sama  terutamanya dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
Alat bantu mengajar juga sebagai pencerahan terhadap sesuatu mesej yang ingin disampaikan. Hal ini kerana sesuatu mesej atau ilmu yang ingin disampaikan haruslah mempunyai maklumat yang lengkap dan mudah difahami bagi mengekalkan tumpuan dan minat pelajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran (PDP) dijalankan.
Selain itu, pada era teknologi dan tahap pendidikan yang semakin meningkat maju, alat bantu mengajar boleh memberi impak yang positif terutamanya dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran (PDP) dan mampu meningkatkan motivasi para pelajar. Hal ini dapt dilakukan melalui penggunaan perisian multimedia moden seperti video klip, youtube dan power point beranimasi.
Alat bantu mengajar menjadi instrumen penting dalam proses penerapan ilmu sewaktu sesi pembelajaran kerana berjaya mempertingkatkan daya pemerolehan melalui sudut bacaan  terutamanya dalam kalangan pelajar berkeperluan khas dan pemulihan pembelajaran. Peningkatan penguasaan jelas ditunjukkan oleh pelajar berkeperluan khas ini terhadap alat bantu mengajar yang sesuai dan menarik khususnya dalam kaedah pengajaran asas membaca.
Alat bantu mengajar dapat menjadikan para pelajar memperlajari ilmu dalam keadaan dan suasana yang menyeronokkan. Hal ini dapt digambarkan melalui respon positif daripada kebanyakan pelajar yang mempunyai daya usaha dalam menuntut ilmi. Para pelajar melahirkan rasa seronok dan selesa melalui penggunaan alat bantu mengajar oleh guru mereka  khususnya dalam mata pelajaran yang penting dan wajib lulus seperti Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, alat bantu mengajar amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran pada era teknologi ini. Hal ini dikatakan demikian kerana, pendidikan di negara Malaysia perlu selari dengan kemajuan di negara Malaysia. Oleh itu, guru pada zaman ini perlulah kreatif dan inovatif dalam menyampaikan ilmu.

No comments:

Post a Comment